Youth Empowerment Programme: Recognise, Protect & Speak Up
26 August 2026
SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia
Pada 26 Ogos 2026 menerusi kempen Safe Child. Strong Nation., Children’s Protection Society Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (CPSM-KL) telah melaksanakan Program Kewibawaan Remaja: Kenali, Lindungi & Bersuara di SMK Seri Hartamas.
Program ini mendedahkan pelajar kepada isu buli, penderaan, batas pergaulan, grooming serta keselamatan dalam talian bagi membina keyakinan remaja dalam mengenali situasi berisiko dan berani bersuara.
Inisiatif yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM dan PIBG SMK Seri Hartamas serta penajaan bersama MAIWP ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk golongan muda. Sesi taklimat turut menampilkan perkongsian kes sebenar dan langkah pencegahan jenayah oleh pihak PDRM bagi memastikan murid-murid mempunyai panduan dan saluran laporan yang betul.
_________________________
On 26 August 2026, Children’s Protection Society Malaysia – KL Branch (CPSM-KL), under the Safe Child CPSM National Campaign, conducted the Youth Empowerment Programme: Recognise, Protect & Speak Up at SMK Seri Hartamas.
The programme aimed to equip young people with the knowledge and confidence to recognise unsafe situations, protect themselves and others, and speak up when something is wrong. Through an interactive CPSM-KL session, students explored important topics including bullying, sexual and physical abuse, personal boundaries, healthy relationships, grooming and online safety.
The programme also featured a personal safety and crime prevention briefing by the Sexual, Women and Children Investigation Division (D11) of the Royal Malaysia Police (PDRM), covering real-world cases, prevention measures, appropriate actions to take and available reporting channels.
Organised in collaboration with PDRM and PIBG SMK Seri Hartamas, with MAIWP as co-sponsor, the initiative reflects CPSM’s continued commitment to creating safer environments where children and young people are informed, empowered and confident to recognise, protect and speak up.

















